Kemas kini kepada iOS, iPadOS atau macOS yang terkini untuk mendapatkan Apple One.

Apple Music
Apple TV⁠+
Apple Arcade
Apple Fitness+
iCloud+

Apple One menggabungkan sehingga lima perkhidmatan Apple yang hebat dalam satu langganan mudah. Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, Apple Fitness+ serba baharu yang didayakan oleh Apple Watch serta iCloud+ digabungkan bersama untuk dinikmati oleh anda atau seisi keluarga anda. Kemas kini iPhone, iPad atau Mac anda kepada OS yang terkini untuk mendapatkan Apple One dan pilih pelan yang sesuai untuk anda.

Ikut langkah di bawah untuk memulakan:

  • Untuk iPhone dan iPad, pergi ke Seting > Umum > Perisian Kemas Kini
  • Untuk Mac, pergi ke Keutamaan Sistem > Perisian Kemas Kini

Apabila peranti anda sudah dikemas kini, pergi ke Seting, ketik nama anda dan pilih Langganan. Kemudian pilih pelan anda dan nikmati perkhidmatan yang disertakan dengan Apple One pada semua peranti anda.