Untuk mengaktifkan Apple One, kemas kini iPhone, iPad atau Mac anda ke OS terkini.
Apple One menggabungkan hingga enam perkhidmatan Apple dalam satu langganan. Temukan jutaan lagu, lebih daripada 200 permainan, siri dan filem Apple Original, serta banyak lagi apabila anda mengaktifkan Apple One.
Ikut langkah ini untuk bermula:
- Untuk iPhone dan iPad, pergi ke Seting > Umum > Kemas Kini Perisian
- Untuk Mac, pergi ke Keutamaan Sistem > Kemas Kini Perisian
Sebaik sahaja peranti anda dikemas kini, kembali dan gunakan pautan daripada penyedia perkhidmatan anda untuk mengaktifkan Apple One.